Bola Sepak Terkini

PJ City FC ujian pertama import Sabah FC


Bintang muda Indonesia, Saddil Ramdani sudah turun berlatih

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KHABAR gembira buat Sabah FC menjelang aksi pertama di Stadium Likas, malam esok apabila empat lagi importnya dijangka akan dapat diturunkan untuk aksi menentang PJ City FC.

Saddil Ramdani, Risto Mitrevski, Levy Madinda sudah pun memulakan latihan bersama pasukan manakala Sam Johnson yang akan mengharungi hari terakhir kuarantin turut dijangka akan berada dalam senarai pasukan malam esok.

Levy dan Risto juga dijangka akan diturunkan pada aksi dengan PJ City FC

“Yang ditunggu sudah tiba, tiga pemain import, Saddil, Levy dan Risto telah tamat menjalani kuarantin dan mula berlatih bersama pasukan. Mereka dijangka akan disenaraikan ke dalam pasukan menentang PJ City di Likas.

“Sam Johnson kini masih menjalani kuarantin yang berbaki satu hari saja lagi. Sekiranya tiada halangan, beliau juga akan disenaraikan ke dalam pasukan menentang PJ City,” menurut muat naik terbaru pasukan di Facebook rasmi.

Dalam dua perlawanan yang diharungi, skuad kendalian, Kurniawan Dwi Yulianto tetap berpuas hati dengan khidmat diberikan pemain tempatan ketika kedua-duanya beraksi di gelanggang lawan.

“Mungkin perlawana seterusnya kami akan lengkap dengan import. Bukan mencari alasan tidak ada import tetapi satu mata yang kami dapat ketika ini kami perlu bersyukur.

“Dengan adanya mereka (import), mereka dapat mengangkat mental pemain dan melaksanakan perancangan yang diatur,” kata Kurniawan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading