Hoki

Saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2021 kembali


JANGAN lupa saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2021 akan bermula pada 11 Mac 2021.

Pertandingan kali ini di bawah pemantauan SOP yang ketat daripada petugas Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan pengurusan hotel bagi mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

KHM melalui Jawatankuasa Pertandingan telah menetapkan tarikh penganjuran kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2021, Premier dan Wanita adalah pada 11 Mac hingga 3 April 2021.

Ia diadakan selepas mendapat kelulusan daripada Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menganjurkan kejohanan tersebut.

Kategori lelaki bakal menampilkan Sabah selaku muka baharu selain tujuh pasukan musim lalu iaitu Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Nurinsafi HT.

Liga TNBMHL tahun ini mengalami perubahan pada format pertandingan apabila ia diadakan secara liga satu pusingan dengan pasukan di tangga teratas liga akan muncul selaku juara.

Kejohanan akan dijalankan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading