Bola Sepak Semasa

Kerja rumah menanti KL City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dominique Da Sylva meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

MASIH banyak yang perlu diperbaiki!

Itu rumusan yang mungkin boleh menjelaskan apa yang dirasai pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak ketika mengetuai pasukan itu meraih kemenangan 1-0 ke atas UiTM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Bojan Hodak merasakan masih banyak aspek perlu diperbaiki

Dengan apa yang dipamerkan anak buahnya, Hodak merasakan yang pasukannya masih belum sempurna sepenuhnya dan masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan bagi menghadapi aksi mencabar musim ini.

Dominique Da Sylva cuba melepasi pemain lawan

“Saya gembira jika mengambil kira keputusan tetapi ia masih lagi jauh daripada apa yang sepatut kita buat. Perkara yang bagus daripada perlawanan ini adalah kami tidak dibolosi.

“Kami mendominasi perlawanan dan ada beberapa peluang. Kami kena tingkatkan lagi aspek penyudah dan transisi daripada posisi pertahanan, tengah serta jentera serangan,” katanya.

Pada perlawanan semalam, jaringan tunggal Dominique Da Sylva pada minit ke-13 sudah cukup memastikan tiga mata milik Kuala Lumpur City FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: