Bola Sepak Terkini

APA KATA CALON CALON


Oleh : Subkhi Sudarji / Mohd Fitrie Muhamad

KONGRES FAM ke 57 yang berlangsung Sabtu ini pastinya menjadi tumpuan buat semua pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

Seramai 27 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-57 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 telah pun diketahui dan hanya menunggu masa buat perwakilan membuat pemilihan.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan memandangkan jawatan berkenaan telah menjadi milik Datuk Hamidin Mohd Amin selaku presiden manakala Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Dato S Sivasundaram selaku Timbalan Presiden apabila menang tanpa bertanding.

Tumpuan pastinya terarah bagi perebutan jawatan Naib Presiden dengan lima calon bagi merebut empat kerusi yang dipertandingkan manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif pula 17 calon layak bertanding dengan lapan kerusi diperuntukkan.

Bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif -Wanita yang diperuntukkan dua kerusi ia menjadi milik Dato’ Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang menang tanpa bertanding.

CakapSukan turut menghubungi  calon untuk mendapatkan pandangan dan pengharapan mereka pada pemilihan Sabtu ini.

> NAIB PRESIDEN

PENYANDANG 

Rosmadi Ismail

 

“Persaingan sengit dari calon-calon yang lain, masing-masing ada kekuatan. Bagi saya apa yang boleh dilakukan pastinya membantu Presiden untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

“Dalam masa sama kepentingan menaikkan sukan futsal ke tahap lebih baik turut menjadi agenda. Saya serahkan sepenuhnya kepada perwakilan untuk membuat pemilihan”.

—Datuk Rosmadi Ismail–

Mohd Joehari Mohd Ayub

 

“Misi dan visi ini bukan persendirian, sudah empat tahun Presiden meletakkannya dan ianya kini berjalan mengikut landasan yang tepat. Kami disini juga ingin meneruskan visi tersebut.

“Kita perlu bekerja dan terus berkerja demi bola sepak Malaysia”.

–Mohd Joehari Mohd Ayub–

CALON BARU

Afandi Hamzah

 

“Saya sedia berkerjasama dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bagi memastikan hasrat dibawah perancangan F;30 mencapai kenyataan dan kejayaan.

“Saya tawarkan kemampuan dan pengalaman dalam bidang bola sepak yang saya ada selama ini dan berlandaskan inilah saya menerima pencalonan ini, selebihnya saya serahkan kepada ahli gabungan yang lain”.

–Dato’ Sri Afandi Hamzah– 

Mohd Firdaus Mohamed

 

“Biarlah orang lain menilai hasil kerja selama ini sebelum membuat pemilihan sama ada saya layak menyandang jawatan terbabit atau sebaliknya.

“Saya lebih menumpukan tanggungjawab yang diberikan oleh persatuan dan segala-galanya demi memastikan industri bola sepak negara lebih berjaya.

“Amanah dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksana dengan baik serta berjaya. Itu adalah perkara yang saya pegang sehingga sekarang”

–Mohd Firdaus Mohamed–

Posa Majais

 

“Saya ada misi dan visi untuk membantu FAM khususnya dari segi kewangan dan pasukan kebangsaan. Pengalaman hampir lima tahun akan digunakan sepenuhnya untuk bersama-sama Presiden.

“Kewangan maksudnya perlu mencari penaja dan ini akan saya lakukan dengan situasi semasa Covid  19 pastinya semua terkesan begitu juga FAM. Saya akan buat yang terbaik untuk FAM seandainya dipilih nanti..Insyallah”.

–Dato’ Posa Majais–

> EXCO

PENYANDANG 

Christopher Raj

 

“Saya memiliki perancangan tersendiri untuk menjadikan FAM lebih dekat dengan peminat setia bola sepak negara. Tidak lupa juga hubungan baik antara FAM dan organisasi media di negara ini akan terus dipelihara kerana sumbangan mereka amat membantu badan induk ini.

“Menambah baik isi kandungan di laman sosial kerana ia dapat membantu pembangunan bola sepak negara sebagai salah satu usaha meningkatkan nilai komersil liga Malaysia yang juga dapat membantu FAM meneruskan kelangsungan penjanaan kewangan’.

–Christopher Raj Aralanthu–

Jefferey Low Han Chau

 

“Calon yang dilantik perlulah yang betul-betul sedia menjalankan tugas kerana minat dan usaha ingin memastikan bola sepak terus maju. Bagi saya terpulanglah kepada perwakilan untuk membuat keputusan dalam pemilihan kongres sabtu ini”.

–Datuk Jefferey Low Han Chau–

CALON BARU

Shahril Mokhtar

 

“Pengalaman sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dan memegang amanah selaku Timbalan Presiden FAS, Ahli Lembaga Pengarah dan Teknikal Selangor FC dan  ketika ini diharap akan membantu FAM bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

“Saya ke FAM sebab ingin membantu FAM dan amat teruja dengan hala tuju FAM di bawah pimpinan Datuk Hamidin. Saya akan gunakan pengalaman saya dalam bidang korporat (sektor swasta) dan bola sepak ketika ini untuk membantu bola sepak Malaysia.

“Idea berkonsepkan korporat dan perniagaan dan dicurahkan kepada FAM dengan kata lain saya akan lakukan apa sahaja untuk FAM”.

–Dato’ Sri Shahril Mokhtar–

Syed Yazid Syed Omar

 

“Kita perlukan lebih ramai jurulatih yang berlesen dan berkelayakan profesional. Mewujudkan Akademi Khas Jurulatih Bola Sepak juga antara syor saya yang patut diperjuangkan bersama FAM.

“Kita tidak mahu lagi ada kes jurulatih tempatan sebab tanpa lesen itu, terpaksa didaftarkan sebagai penolong sahaja dan memberikan laluan kepada jurulatih import menjadi ketua jurulatih sesebuah pasukan,”

–Syed Yazid Syed Omar–

Abdul Aziz Yeop Jamaludin 

 

“Perkembangan semasa perancangan FAM membuatkan saya berhasrat ingin kembali berada dalam kepimpinan FAM bagi membantu Presiden menjayakan usaha-usaha. Percaya calon lain memiliki kelebihan masing-masing namun pengalaman sebagi bekas Exco akan dimanfaatkan sepenuhnya seandainya terpilih, apa pun saya serahkan sepenuhnya kepada perwakilan”.

–Abdul Aziz Yeop Jamaludin–

 

Saaran a/l Nadarajah

 

“Sudah lama berkecimpung dalam bola sepak tempatan khususnya diperingkat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan mulai 2018 hinggalah sekarang dan juga di peringkat Jawatankuasa Fam untuk 3 penggal sejak 2011 . Saya rasa kini sudahlah tiba masanya untuk menaburkan bakti dan khidmat bersama kepimpinan FAM bagi kongres ini.

“Sedia menjalankan tugas dan amanah berlandaskan perancangan yang digarapkan Presiden bagi memastikan kejayaan F;30”.

– -Saaran a/l Nadarajah–

NOTA : CAKAPSUKAN TELAH CUBA MENGHUBUNGI CALON CALON LAIN UNTUK JAWATAN EXCO TETAPI GAGAL DAN AKAN DI USAHAKAN SETERUSNYA PADA ESOK HARI.

Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya

Tuan ACP (B) Md Dali bin Wahid

Dato’ Kamarul Ariffin bin Mohd Shahar

Dato’ Aminuddin bin Omar

Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah

Dato’ Shaari bin Mat Hussain

ACP Zulkefly bin Yahya

Datuk Muhammad Yadzan bin Mohammad

Mohd Firdaus bin Ahmad

Mohd Yusuri bin Yusof

Datuk Haji Kamarudin bin Haji Hassan

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading