Bola Sepak Semasa Terkini

Detik gembira menanti peminat bola sepak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal Merican Naina Merican

Oleh : Subkhi Sudarji

IMPIAN peminat bola sepak untuk kembali bertandang ke stadium menyaksikan saingan Liga Malaysia bakal diketahui minggu hadapan selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  buat masa ini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan induk pengelola bola sepak tempatan telah menyediakan protokal pengurusan sukan.

“Petang ini saya akan mengadakan mesyuarat dengan MFL bagi memperhalusi protokal pengurusan sukan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat MKN dan KKM minggu hadapan.

“Saya membayangkan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat minggu hadapan namun untuk memaklumkan tarikh sebenar itu masih belum pasti kerana adakalanya mesyuarat MKN yang diadakan tidak menentu,” ujarnya pada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran SkimPembiayaan Industri Sukan di pejabatnya hari ini.

Reezal Merican berkata, banyak perkara perlu dihalusi MFL dari segi kehadiran penonton tuan rumah mahupun pelawat dan juga pergerakan rentas negeri dalam situasi pelaksanaan Kawalan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

“Bilangan kehadiran penonton ke stadium kira-kira 10 peratus dari kapasiti stadium atau dengan anggaran 4 ribu, kita juga perlu meilhat dari segi pembahagian penonton untuk pasukan tuan rumah dan juga pelawat.

“Kebenaran rentas negeri, pelaksanaan swab test atau kemungkinan mewujudkan pra pendaftaran kepada penyokong yang akan hadir ke stadium. Semua ini MFL termasuk pengurusan pasukan yang perlu memperhalusi dengan lebih terperinci agar bila dilaksanakan ia nampak sempurna.

“Pada masa sama juga kita mahu ia tidak melanggar SOP PKPB yang telah ditetapkan,” tegasnya.

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: