Bola Sepak

KUFC, Sarawak United raih tiga mata


KUFC berjaya catat kemenangan sulung di Liga Premier musim ini.

Oleh Mohd Fahmi Ismail

TIGA mata berjaya dikutip Kelantan United FC (KUFC) selepas membenam cabaran PDRM FC 2-0 dalam saingan Liga Premier, petang tadi.

Kelebihan beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Amirul Shafik membuka tirai jaringan seawal minit kedua.

Shuhei Fukaii memastikan kemenangan pertama Kelantan United dalam liga dengan sumbangan gol minit ke-70.

Sementara itu, Sarawak United FC menumpaskan Perak FC 2 dengan tiga jaringan gol tanpa balas di Ipoh

Bekas penyerang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha memecah kebuntuan minit ke-36 sebelum dua jaringan berganda Uche Agba minit ke-76 (penalti) dan ke-84.

Sarawak United kini mengutip enam mata selepas beraksi dua perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading