Bola Sepak Terkini

Gergasi Merah Kuning masuk perangkap


Pertahanan TFCI, Mohd Arif Fadzilah Abu Bakar (kanan) cuba mengekang pergerakan penyerang Selangor FC, Ifedayo .

Oleh : Subkhi Sudarji

PERCATURAN taktikal membawa masuk pemain gantian bagi memberikan lebih tenaga kepada pasukan melakukan serangan balas nyata memberikan impak buat Terengganu FC apabila dua pemain gantian meledak gol membantu kemenangan 3-1 ke atas Selangor FC malam tadi.

Bermula gol kedua melalui Mohamad Rahmat Makasuf yang masuk pada minit ke 60 sebelum menjaringkan gol selang seminit kemudian dan gol ketiga dipenghujung perlawanan juga melalui pemain gantian Mohamad Hakimi Abdullah menterjemahkan keberkesanan taktikal digarap pengendalinya Nafuzi Zain.

Bagi Nafuzi, mana-mana pasukan yang ketinggalan sudah pasti akan memberi tekanan kepada lawan untuk memburu gol.

“Ketika ini TFC banyak bertahan dengan penuh disiplin. Kita perlu ikut taktikal dan dari segi pertukaran pemain ia bergantung kepada perancangan. Pemain perlu dimasukkan mengikut kesesuaian.

“Perlu ada pemain yang memiliki lebih tenaga untuk menerima asakan dan pada masa sama melakukan serang balas bila ada ruang. Alhamdulillah semua pemain mengikuti taktikal dan gol kedua serta ketiga yang terhasil melalui serangan balas ,” jelasnya pada sidang media, selepas perlawanan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, TFCI meraih tiga mata penuh selepas menang 3-1 ke atas Selangor FC hasil jaringan penyerang import, Jordan Mintah pada minit ke 34 , Mohammad Rahmat Makasuf (m-61) serta Mohamad Hakimi Abdullah dipenghujung lewat permainan.

Gol tunggal pelawat pula terhasil melalui jaringan sendiri pertahanan tuan rumah Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni pada minit ke 71 sudah cukup memastikan Selangor FC pulang ke Shah Alam tanpa sebarang mata.

Selepas dua perlawanan, TFCI kini berada ditangga kedua liga dibelakang JDT yang turut meraih enam mata namun perbezaan jaringan meletakkan penyandang juara liga super tujuh kali berturut-turut itu memimpin liga manakala Selangor FC turun ketangga ketiga.

Skuad bimbingan Nafuzi bakal bertandang ke Ipoh, Ahad ini untuk bertemu Perak FC yang akan menentang Sri Pahang FC malam ini di Stadium Darul Makmur Kuantan bagi aksi kedua Liga Super 2021.

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading