Badminton

Kami bermain dengan cara sendiri: Thinaah


Pearly dan Thinaah juarai Terbuka Switzerland

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

BERAKSI di bawah tekanan jelas membantu beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah cipta sensasi menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kejayaan pasangan negara yang menghuni ranking ke 30 dunia itu jelas mengejutkan ramai peminat badminton negara memandangkan lawan mereka di final, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria adalah pilihan ketiga kejohanan.

“Sudah pasti ini adalah salah satu kejayaan terbesar kami kerana kami menewaskan lawan yang ranking lebih tinggi.

“Sebelum perlawanan bermula, kami tidak terlalu memikirkan apa-apa dan berharap dapat bermain dengan cara sendiri.

“Perkara utama adalah kami saling mempercayai antara satu sama lain dan ia jelas menjadi faktor utama kepada kemenangan ini,” kata Thinaah ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

Sebelum aksi final semalam, Gabriela-Stefani yang menghuni ranking ke 14 dunia diletakkan pilihan untuk memenangi kejohanan ini.

Bagaimanapun, aksi meyakinkan dipamerkanPearly-Thinaah semalam menghadirkan khabar gembira buat peminat sukan negara selepas berjaya mengecewakan lawan itu menerusi ‘straight set’21-19, 21-12.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading