Bola Sepak

Pemain sudah berikan segalanya: Aidil


Pertahanan KDA FC, Rizal Ghazali mengekang pemain JDT, Gonzalo Cabrera

Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Mohd Izari Rosli (foto)

SEKALI pun tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) wajar mendapat pujian.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak tetap gembira melihat komitmen anak buahnya ketika mengekang setiap asakan lawan yang dibarisi ramai pemain berkualiti.

“Apa yang berlaku perkara adalah normal apabila bermain di tempat lawan dan menentang pasukan seperti JDT. Saya perlu ucapkan tahniah kepada pemain terutamanya empat pertahanan kerana kesemua mereka adalah pemain tempatan.

“Keseluruhannya, pemain sudah lakukan yang terbaik. Kami kena terima kekalahan ini dan perlu ‘move on’ kerana bukan senang untuk bermain menentang lawan seperti JDT yang mendominasi permainan.

“Saya tidak boleh bercakap tentang pemain secara individu kerana bola sepak adalah permainan berpasukan,” katanya selepas perlawanan semalam.

Dua gol daripada Safawi Rasid dan Natxo Insa melengkapkan kemenangan 2-0 Harimau Selatan untuk menjulang trofi itu buat kali keempat berturut-turut.

Penyerang KDA FC, TcheTche Kipre cuba melepas pertahanan JDT

Mengulas lanjut, Aidil sentiasa menaruh kepercayaan kepada pemainnya untuk kembali bangkit.

“Saya sentiasa yakin dengan pemain. Bukan tugas mudah tetapi kami kena bekerja keras dan bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading