Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool akhiri rekod buruk di EPL


Jones puas sumbat gol kebangkitan Liverpool di EPL.

LIVERPOOL mengakhiri rekod tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas Sheffield United di Bramall Lane, padi tadi.

Namun The Reds memerlukan sehingga minit ke-47 untuk mencari gol pertamanya.

Pemain muda, Curtis Jones membuka akaun jaringan pertama Liverpool sebelum aksi individu Roberto Firmino membuahkan hasil, apabila sepakannya ‘membantu’ Kean Bryant terjaring gol sendiri.

Dua gol Liverpool ini kekal hingga tiupan wisel panjang dibunyikan dan ia merupakan kemenangan pertama anak didik Jurgen Klopp dalam lima aksi terakhir di EPL, sekaligus memberi harapan merebut satu tempat di zon Liga Juara-Juara.

Manakala, bagi Sheffield, kekalahan ini meletakkan kedudukan mereka semakin terbenam di dasar liga.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading