Bola Sepak

Jersi baharu JDT ‘laku keras’


JERSI baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) habis terjual hari ini dan merekodkan jualan sebanyak RM1.6 juta.

Sambutan luar biasa itu dizahirkan sebaik sahaja jualan secara dalam talian atau ‘online’ bermula jam 11 pagi tadi, jersi skuad Harimau Selatan sudah habis terjual.

JDT dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab iaitu Johor Southern Tigers memaklumkan pihaknya berjaya mencatat jualan sebanyak RM1.6 juta jersi yang diperkenalkan pertama kalinya semalam itu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa peruntukan untuk jualan atas talian kami di JDT Store di laman web kelab dan Shopee telah habis dijual. Stok jersi-jersi tersebut akan ditambah semula dalam beberapa minggu akan datang.

“Rakan kongsi kami Nike juga akan mula menjual jersi ‘home’ mulai esok tetapi memandangkan sambutan yang begitu luar biasa oleh penyokong JDT, kami menjangkakan jersi-jersi di sana juga akan habis dijual,” kata kenyataan JDT.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading