Antarabangsa Bola Sepak

Bale ingin kembali ke Madrid ?


Bale sedia kembali pangkuan Madrid.

GARETH Bale tiada masalah untuk kembali ke Real Madrid jika tidak mendapat kontrak tetap di Tottenham Hotspur.

Ejen Bale, Jonathan Barnett menegaskan pemain itu masih mencintai El Real.

Bale musim ini pulang ke Tottenham Hotspur dari Madrid dengan status pinjaman selama satu musim.

Pemain asal Wales tersebut meninggalkan Los Blancos selepas dipinggirkan oleh jurulatih Madrid, Zinedine Zidane pada awal musim lalu.

Penyokong Madrid juga banyak mengecam Bale kerana dinilai tidak bermain sepenuh hati dan hanya menghasilkan tiga gol dan dua umpanan, musim lalu.

Bersama Tottenham musim ini, dia baru diturunkan tujuh kali di Liga Perdana Inggeris dengan sekadar merekod satu gol.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading