Bola Sepak

Pemain asal Brazil sertai Negeri Sembilan FC


Fernando Barbosa jadi taruhan Negeri Sembilan FC perkukuh jentera tengah pasukan musim ini.

PERSIAPAN skuad Negeri Sembilan FC menjelang kempen Liga Malaysia 2021 makin rancak apabila membawa masuk Fernando Barbosa Pereira dari Brazil.

Pemain berkenaan berusia 29 tahun dan bermain di posisi pertahanan tengah.

“Saya yakin dengan sokongan peminat. Kita akan mencapai matlamat musim ini untuk menjadi juara dan kembali ke divisyen pertama.

“Kelab banyak memberikan sokongan padu kepada kami semua untuk mengharungi saingan musim ini dengan penuh bersemangat.

“Kita juga dibarisi dengan tengah teknikal yang berkelayakan dan pemain yang berkebolehan,” ciap Fernando Barbosa dipetik menerusi Twitter Negeri Sembilan Football Club.

Sepanjang kerjaya, Fernando pernah beraksi di pusingan kelayakan Liga Europa bersama Gzira United FC pada 2019, sebelum bermain untuk Al-Jahra FC di Liga Premier Kuwait untuk musim 20/21.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading