Bola Sepak Terkini

Isu jersi Liverpool undang kecaman


Ir Ahmad bersama sebahagian tenaga pengajar dan peserta yang menyertai kursus.

“KEPIMPINAN melalui tauladan”, itulah sindiran yang disuarakan sebahagian peminat dan penyokong Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) terhadap Setiausaha Agungnya, Ir Ahmad Roslee Hamzah memakai jersi kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi semalam.

Rata-rata peminat yang membanjiri komen menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecaman selain berpendapat Ir Ahmad Roslee seharusnya mempamerkan semangat terhadap pasukan sendiri memandangkan ianya adalah majlis persatuan.

Pemakain jersi lambang pasukan lain di majlis rasmi dianggap sebagai tidak profesional dan tidak sensitif apatah lagi Ahmad Roslee memegang jawatan penting dalam organisasi MUSA.

Menerusi laman rasmi Facebook MUSA, kursus tersebut disertai 30 peserta dari dalam dan luar negeri Melaka untuk mereka menimba ilmu kejurulatihan bolasepak peringkat akar umbi. Hadir sama Pengarah Teknikal MUSA, En Richard Sinapan dan Ketua Jurulatih Remaja Negeri Melaka, En Rashid Mamud.

Semua peserta kursus serta pegawai memakai baju lambang pasukan Melaka United dan FAM kecuali Setiausaha Agung MUSA. Situasi itu turut mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong setia pasukan tersebut di media sosial.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading