Bola Sepak Terkini

Kuching City FC sambar Irfan Bakti


Irfan Bakti sah membimbing Kuching City FC musim depan.

 

JURULATIH berpengalaman yang juga merupakan bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim mengotakan janjinya untuk kembali mewarnai saingan Liga Malaysia 2021 apabila sah dilantik selaku Ketua Jurulatih Kuching City FC musim depan.

Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Irfan akan menggantikan Akira Higashiyama yang menolak tawaran untuk melanjutkan kontrak dan pihaknya berbangga dapat mengikat jurulatih yang berpengalaman luas seperti Irfan.

Katanya, Irfan Bakti meraih banyak kejayaan dan kami yakin beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC dan sudah berbincang serta menerangkan mengenai pasukan serta sasaran kami untuk musim depan.

“Beliau bersetuju dan yakin dengan pembangunan, hala tuju dan juga sasaran yang diletakkan.

“Kami juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu jurulatih mereka dan memastikan mereka layak untuk mendapatkan lesen A dan B.

“Ini bagi membolehkan mereka terbabit secara langsung dengan pasukan dan budaya serta falsafah yang sama seperti pasukan senior. Oleh itu, kami sedang dalam usaha membawa Wan Jamak Wan Hassan sebagai Pengarah Teknikal Kuching City FC,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Pada masa sama, Fazzrudin memaklumkan dengan pengalaman dan kepakaran dimiliki Irfan Bakti, kami yakin boleh membangunkan sukan bolasepak bukan sahaja untuk Kuching City FC tetapi untuk Sarawak secara amnya. Beliau adalah antara tenaga pengajar yang bertauliah untuk mengadakan kursus Jurulatih C, B dan A.

“Dengan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kita boleh merancang untuk mengadakan kursus terbabit di Sarawak dan mudah bagi jurulatih kita untuk menyertainya,” katanya.

Sepanjang melatih Terengganu FC, Irfan Bakti telah membawa pasukannya menjuarai Piala FA pada tahun 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017, beliau memastikan Terengganu FC merangkul Naib Juara Liga Premier sehingga membawa pasukan itu naik ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia tahun lepas.

Namun pada Irfan Bakti telah meletak jawatan secara rasmi pada bulan Mei lalu selepas kekalahan mengejut 5-3 Terengganu kepada Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super dan turut gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala FA tahun ini.

PENCAPAIAN IRFAN BAKTI

Liga Super – Juara (1 kali) , 2nd place( 4 kali)
Piala Malaysia – Naib Juara (1 kali)
Piala FA- Juara (2 kali) , Naib Juara (2 kali)
Piala Sumbangsih – Juara (2 kali)
Liga Perdana – 2nd Place (1 kali)

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading