Bola Sepak Terkini

Safawi kempunan lagi


Safawi hanya memanaskan bangku simpanan pada aksi awal pagi tadi.

SABAR itu indah Safawi, mungkin itu doa dan pengharapan rakyat Malaysia kepada penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang masih perlu menunggu untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior Portimonense SC apabila pemain berkenaan hanya memanaskan bangku simpanan ketika pasukan itu tewas 1-0 di tangan UD Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal (Piala FA Portugal), awal pagi tadi.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu yang menyertai kelab Portugal itu secara pinjaman selama semusim sebelum ini hanya berpeluang membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense.

Ketika ini, pemain berusia 23 tahun itu sudah lebih sebulan bersama kelab itu dan dia dilihat berdepan tekanan dari luar padang selepas penyokong Malaysia sentiasa menantikan kelibat pertamanya setiap kali Portimonense beraksi.

Pada aksi Taca de Portugal awal pagi tadi, Portimonense dikejutkan dengan jaringan minit ke-80 Rui Gomes.

Perlawanan Portimonense seterusnya adalah dalam saingan Liga Primeira menentang Nacional pada 29 November.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading