Bola Sepak Terkini

Empat pemain import berkualiti 2020 jadi buruan


Ifedayo, Dominique, Casagrande dan Ataya antara pemain import yang mempamerkan aksi konsisten dan menjadi buruan pasukan lain.
SUBKHI SUDARJI
ADA yang memberikan impak begitu jugak sebaliknya malah lebih teruk prestasi yang diberikan tidak menggambarkan statusnya selaku pemain import yang seharusnya melebihi kemampuan pemain tempatan.
Bagi pemain import yang memberikan aksi luar biasa sesuai dengan status yang dibawa, sudah pastinya khidmat mereka ditagih sama ada untuk terus kekal mahu pun mencari angin bersama pasukan baharu dengan tawaran yang lebih lumayan.
Sola gaji yang ditawarkan semua pemain mengingkan jadi untuk menyalahkan pemain adalah tidak wajar, mereka memberikan aksi sepenuhnya dan menepati kehendak serta perancangan jurulatih.
Situasi semasa dengan pembatalan Piala Malaysia ketika ini, beberapa pemain import mula menjadi tumpuan selepas beraksi cemerlang bersama pasukan masing-masing.
Mari kita renungkan dan lihat percapaian mereka :-
Ataya mempamerkan aksi menakjubkan membantu Uitm FC musim ini.
> RABITH ATAYA
– Tonggak utama pasukan Uitm FC ini sememangnya menjadi buruan mana-mana pasukan, prestasi yang dipamerkan begitu memberangsangkan, walaupun sekadar menjaringkan dua gol dari sembilan penampilan tetapi peranannya selaku perancang yang beraksi diposisi sayap kanan begitu dominan.
– Antara pasukan yang dilihat cenderung membawa masuk pemain B20,B23 dan skuad utama Lebonan ialah Kedah yang bakal bersaing dalam Piala AFC musim depan.
Nama :- Rabih Mohammad Ataya
Umur :- 31 Tahun
Warganegara :- Lebanon
Posisi :- Right Winger
Ketinggian :- 1.79 m
Pasukan semasa :  UiTM FC
Pasukan terdahulu :- Tadamor Sour, Ansar, Zob Ahan, Ahed,
Pasukan berminat : Kedah FA
Dominique memberi bayangan bakal meninggalkan TFC musim depan.
> DOMINIQUE DA SYLA
– Penyerang utama TFC yang meledak empat gol pada awal penampilan sering menimbulkan keresahan kepada benteng lawan. Memiliki ketinggian sebagai senjata utama bersaing bola diudara, rembatan leret padu dijelmakan pemain berusia 31 tahun ini sememangnya menggerunkan  pihak lawan.
– Diberi gelaran Black Panther Ganu” dia memberikan bayangan bakal meninggalkan TFC musim depan, pastinya khidmat pemain yang baru setahun dalam kancah saingan Liga Malaysia ditagih pasukan lain.
Nama : Dominique Da Sylva
Umur : 31 tahun
Warganegara : Mauritania
Posisi : Penyerang
Ketinggian : 1.80 m
Pasukan semasa : Terengganu FC
Pasukan terdahulu : Sai Gon (Vietnam)
Pasukan berminat : Perak, Kuala Lumpur
Ifedayu tiba diwaktu yang sesuai bagi mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan.
> IFEDAYO OLUSEGUN
– Kehadirannya ketika Rufino Segovia mengalami kecederaan begitu memberikan impak buat pasukan The Red Giants yang dilihat begitu tumpul dibahagian serangan.
– Dibawa masuk oleh bekas pengendali Selangor, B Sathianathan, pemain yang mampu melakukan rembatan dari luar kotak penalti serta kawalan bola menarik bukanlah asing dalam kancah Liga Malaysia.
– Pernah bersama Felda dan Melaka United, Ifedayo membuktikan ketajaman penyudah apabila meledak 24 gol dari 21 penampilan hingga dinobatkan selaku Anugerah Kasut Emas tahun ini.
Nama : Ifedayo Olusegun
Umur : 29
Warganegara : Nigeria
Posisi : Penyerang
Ketinggian :1.80 m
Pasukan semasa : Selangor FC
Pasukan terdahulu : Al -Riffa (Bahrain)
Pasukan berminat : Kedah / Terengganu
Casagrande memiliki pengalaman yang luas beraksi dalam Liga Malaysia.
> ANSELMO ARRUDA DA SILVA
– Hadir selaku pemain pinjaman dari Melaka, Anselmo atau lebih mesra dengan panggilan Casagrande adalah pilihan berbaloi Manzoor Azwira dalam mengharungi saingan Liga Premier musim ini.
– Kuala Lumpur, Felcra dan Melaka antara destinasi pemain kelahiran Brazil ini sebelum menyertai skuad Harimau Kumbang yang dinobatkan selaku Juara Liga Premier 2020.
– Dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya Kuala Lumpur dan Terengganu, majikannya Pulau Pinang perlu berkerja keras dalam usaha mengekalkan peledak berbisa Pulau Mutiara ini.
Nama : Anselmo Arruda da Silva
Umur : 30 tahun
Warganegara : Brazil
Posisi : Penyerang
Ketinggian : 1.90 m
Pasukan semasa : Pulau Pinang
Pasukan terdahulu : Melaka
Pasukan berminat : Kuala Lumpur / Terengganu

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading