Antarabangsa Bola Sepak

Kapten Henderson kembali !!!


Henderson (kanan) telah beraksi memperkuatkan skuad England.

KAPTEN Liverpool Jordan Henderson mengakui lututnya berada dalam kondisi fizikal yang baik dan tidak lagi mengalami kesakitan

Henderson menjadi pemain yang sangat berpengaruh bagi Liverpool dalam beberapa siri musim terakhir. Dia selalu diletakkan pilihan utama untuk mengemudi jentera tengah The Reds.

Dia juga berperanan besar membawa Liverpool meraih empat gelaran juara dalam dua musim terakhir. Peranannya sebagai kapten pasukan sukar digantikan pemain lain.

Akan tetapi, Liverpool kehilangan sumbangnya sejak akhir musim lalu. Puncanya, dia mengalami kecederaan lutut ketika bertemu Brighton yang memaksa menjalani operasi pembedahan.

“Sekarang, saya berasa sangat baik secara fizikal. Cuma saya agak tidak bernasib baik ditimpa kecederaan akhir musim lalu,” ujarnya dalam laman rasmi kelab Liverpool.

Henderson yang sudah memasuki usia 30 tahun memberitahu mahu bermain bersama Liverpool serta skuad kebangsaan England.

“Saya ingin mencuba bermain selama yang mungkin. Saya masih menggemari permainan ini dan saya ingin bermain untuk England dan Liverpool selama saya boleh,” katanya.

Musim ini, Henderson masih belum diturunkan namun namanya berada dalam senarai pemain simpanan ketika The Reds tewas 2-7 kepada Aston Villa.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading