Bola Sepak Terkini

Salah saya


PENGENDALI Selangor, B Sathianathan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan 1-6 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) sambil menyifatkan lawannya itu berada dalam kelas tersendiri.

Enggan menyalahkan mana-mana pemain, Sathia mengakui gol dipenghujung babak pertama dan seawal babak kedua merubah rentak pasukannya.

“Kita boleh bermain dengan JDT tetapi apabila mereka mendapat gol yang tidak disangka melalui sepakan percuma selain gol awal dipermulaan separuh masa kedua nyata merubah rentak permainan pasukan.

“Begitu juga gol ketiga yang agak mustahil. Saya terpaksa menelan kekalahan ini, mungkin salah saya kerana ada pemain yang belum lagi bersedia diturunkan.

“Separuh masa kedua kami gagal bermain dengan baik manakala lawan pula memiliki kualiti pemain yang baik,” jelasnya.

Sathia turut memaklumkan selepas tuan rumah menjaringkan gol ketiga, pemainnya dilihat sudah berputus asa hingga membenarkan lawan menjaringkan gol-gol mudah.

” Saya tak salahkan sesiapa tetapi diri saya sendiri, mungkin mental pemain terganggu dengan gol pertama dan kedua, semua ini adalah tanggungjawab saya,” jelasnya.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading