Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool intai ‘Virgil van Dijk’ Norway


FB_IMG_1599094807613

JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Liverpool berkira-kira untuk memperkuatkan benteng pertahanan mereka bagi kempen musim depan.

The Reds dikhabarkan sedang memantau pemain bek Celtic, Kristoffer Ajer.

Liverpool sebenarnya baru sahaja kehilangan salah seorang bek handalan mereka di musim panas ini apabila Dejan Lovren memutuskan untuk berpindah ke Zenit St Petersburg.

Penghijrahan Lovren cukup meninggalkan kesan yang cukup besar di benteng pertahanan The Reds dan faktor-faktor inilah membuatkan Jurgen Klopp ingin mendatangkan pemain pertahanan tengah baru dalam waktu terdekat ini.

Daily Star mendedahkan bahawa Liverpool sudah memiliki sasaran pengganti kepada Lovren. Mereka berminat merekrut Kristoffer Ajer dari Celtic.

Menurut laporan tersebut, Liverpool tertarik merekrut Ajer adalah disebabkan kerana bakat unik yang dimiliki pemain asal Norway itu.

Bek berusia 22 tahun itu berpindah ke Celtic pada tahun 2016 dan menggantikan peranan Van Dijk yang pada ketika itu berhijrah ke Southampton.

Di Celtic, Ajer menunjukkan prestasi yang sangat bagus dan dia disebut-sebut menjadi Van Dijk yang baru. Itulah sebab mengapa Liverpool ingin mendapatkannya.

Alasan lain mengapa Liverpool tertarik merekrutnya adalah kerana harganya yang menarik minat pengurusan.

Ajer masih terikat kontrak yang cukup panjang dan diberitakan masih bersama Celtic hingga tahun 2022.

Namun, harga perpindahannya dinilai sekitar 10 juta Euro dan setakat ini Liverpool baru membeli satu pemain.

Mereka merekrut Kostas Tsimikas sebagai pelapis kepada Andrew Robertson.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading