Permotoran

GP Malaysia dibatalkan


PERLUMBAAN Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia)  2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Okt hingga 1 Nov, dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Badan pentadbir sukan permotoran – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama hari ini mengumumkan selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan perlumbaan GP Argentina dan Thailand.

Bagaimanapun, badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.

Dorna Sports iaitu pemegang ekslusif komersial dan hak siaran MotoGP juga memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia berhubung tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, dengan beberapa perancangan mengalu-alukan peminat kembali ke litar, sementara persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan sehingga 2026.

Menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999, SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang  minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini, selain memberi pengalaman mencabar untuk pelumba dua roda terbaik dunia. -BERNAMA–


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading