Antarabangsa Permotoran

Marquez ingin segera kembali berlumba


Marquez sekurang-kurangnya perlu menjalani masa pemulihan yang cukup lama

 

MARC Marquez enggan membiarkan kecederaan retak pada lengan yang dialami menggangu fokusnya sepanjang saingan di MotoGP.

Dia bertekad memulihkan diri secepat yang mungkin supaya boleh segera berlumba lagi.

Marquez yang bermula di barisan hadapan MotoGP 2020 di Litar Angel-Nieto, Jerez, semalam terlibat insiden hingga tercampak daripada motosikalnya.

Marquez terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mengalami keretakan di lengan kanan bahagian atas dan akan menjalani operasi di Barcelona esok.

Dengan tahap kondisinya pada masa ini, Marquez sekurang-kurangnya perlu menjalani masa pemulihan yang cukup lama sehingga kemungkinan terpaksa menarik diri di MotoGP Andalusia, hujung minggu ini.

“Kadang-kadang ada sesuatu yang tidak seperti anda harapkan. Paling penting adalah boleh bangkit dan pandang ke hadapan. Saya harap anda akan menanti saya kembali !,” ujar Marquez di akaun Twitternya @marcmarquez93.

Jelas Marquez, dia akan menjalani operasi untuk memperbaiki lengan kanan atas yang retak.

“Saya berjanji kepada anda untuk kembali berlumba secepat mungkin dan lebih kuat lagi,” sambung pelumba itu yang muncul lapan kali juara dunia.

Marquez tentunya berharap mampu berlumba lebih cepat lagi kerana tiga pesaing utamanya berjaya naik podium di MotoGP Sepanyol.

Fabio Quartararo menjadi pemenang disusuli Maverick Vinales dan Andrea Dovizioso.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading