Lain-Lain

Tiada kejohanan domestik


Shahrul Zaman memaklumkan segala kejohanan yang mendapat kelulusan sebelum ini dibatalkan.

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengambil keputusan untuk tidak menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat domestik sehingga akhir tahun ini.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato Shahrul Zaman Yahya berkata,  KRM memaklumkan sebarang kejohanan yang mendapat kelulusan KRM sebelum ini dibatalkan.

“Keputusan tersebut dibuat berpandukan maklum balas ahli gabungan KRM berhubung kesiapsiagaan untuk menyertai kejohanan seperti saingan Piala Agong, Kejohanan 7 Sepasukan Kebangsaan dan Liga Ragbi Malaysia (LRM) pada Mesyuarat Exco KRM, Isnin lepas.

“KRM juga setelah mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa kejohanan yang berbentuk karnival seperti Kejohanan 7 dan 10 Sepasukan adalah tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diberitahu kelak,” jelasnya melalui siaran akhbar yang dikeluarkan.

Namun, KRM menjelaskan ahli gabungannya dibenarkan untuk menganjurkan Liga Negeri 15 sepasukan (15’s) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), KBS dan KRM.

“KRM juga membenarkan kursus-kursus dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN, KBS dan KRM,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, KRM menyatakan mereka ketika ini menunggu pengumuman rasmi daripada Asia Rugby berhubung status kejohanan antarabangsa di bawah kendalian badan induk ragbi Asia itu.

Dalam pada itu, manual SOP sukan ragbi akan disediakan kepada semua ahli gabungan dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pengajian Tinggi,” ujar Shahrul Zaman.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading