Bola Sepak

Usah gusar dan bimbang

Bagi panggilan latihan fasa pertama ini, kami tidak memanggil pemain-pemain yang akan terlibat dalam kempen Liga Super dan Liga Perdana.

Ketiadaan Luqman Hakim tidak perlu digusarkan kerana Brad Maloney dijangkan akan memanggil pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini pada fasa ke dua nanti.

KETIADAAN penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudian dalam senarai 35 pemain Bawah 19 Tahun kebangsaan yang dipanggil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menjalani latihan persiapan Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 pada Oktober ini tidak perlu digusarkan.

Pengurus pasukan B19, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan, tiada apa yang perlu digusarkan kerana mereka mempunyai komitmen bersama kelab masing-masing. 

“Bagi panggilan latihan fasa pertama ini, kami tidak memanggil pemain-pemain yang akan terlibat dalam kempen Liga Super dan Liga Perdana. 

“Kami akan teliti  (khidmat) mereka menjelang fasa kedua. 

“Kami menyanggah setiap persepsi buruk yang dilemparkan terhadap mereka, mengenai desas-desus bahawa Luqman Hakim akan beraksi di luar negara. 

“Bukan Luqman Hakim sahaja, hampir kesemua pemain yang bermain dalam Selangor II tiada dalam senarai,” katanya. dipetik menerusi StadiumAstro.

Pengurus pasukan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, pemain yang menyertai kem latihan pertama ini adalah mereka yang tidak mempunyai komitmen dengan pasukan masing-masing berikutan pembatalan perlawanan membabitkan Piala Belia dan Presiden.

“Luqman dan beberapa pemain tonggak B-19 lain tidak mempunyai masalah menyertai kem latihan nanti kerana mereka sekarang ini terikat dengan pasukan masing-masing.

“Pada masa sama, Luqman juga tidak mempunyai masalah atau halangan untuk menyertai latihan dan kita akan melihatnya nanti,” katanya.

Menerusi senarai 35 pemain yang dikeluarkan FAM semalam, beberapa tonggak utama dalam saingan kelayakan tahun lalu tidak dipanggil untuk kem latihan pertama ini seperti penjaga gol, Firdaus Irman Mohd Fadhil dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Luqman Hakim Shamsudin dan Ahmad Zikri Mohd Khalili, yang mana mereka dijangka menyertai pasukan pada kem latihan pusat berikutnya.

Skuad bimbingan Brad Maloney akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan seterusnya aksi kedua menentang Qatar dan berdepan Yemen pada perlawanan terakhir yang akan dijadualkan berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik, Uzbekistan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading