Antarabangsa Bola Sepak

Klopp impikan Sancho


Jadon antara pemain yang menjadi impian Klopp untuk dikumpulkan dalam pasukan. (Foto : SkySports)

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp ingin melihat penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho menyarung jersi The Reds namun tidak pasti adakah impian dan persetujuan tersebut akan terlaksana pada musim panas ini.

Sancho yang kini dilahirkan pada 25 Mac 2000 baru berusia telah menyumbang 20 gol dan 20 assist dalam semua pertandingan musim ini yang membuatnya mendapat tempat dalam senarai 100 pemain untuk anugerah Golden Boy tahun ini.

Ujar Klopp, dia pemain yang sangat menarik dan sekiranya dia pindah ke Liverpool saya antara individu yang pasti terkejut.

“Jersi merah akan kelihatan bagus pada Jadon Sancho,,tetapi saya rasa perpindahan seperti itu tidak akan berlaku pada musim panas ini,” ujarnya kepada ESPN.

Manchester United juga menunjukkan minat terhadap Sancho yang mempunyai kontrak dengan kelab Bundesliga hingga 2022 dan bernilai sekitar € 130 juta. (RM690 juta).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading