KHM sambut baik keputusan

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyambut baik pengumuman kerajaan menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang telah memberikan kebenaran untuk latihan persediaan sukan berpasukan termasuk hoki dijalankan semula dengan syarat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kebenaran tersebut turut diperjelaskan lagi secara terperinci pada sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dan sidang media khas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican tadi iaitu aktiviti latihan hoki, turut memperolehi kebenaran  untuk dijalankan bermula 15 Jun ini sama ada secara profesional atau sosial. Presiden