Uncategorized

Kempen Eredivisie ditunda hingga September depan


Kempen Eredivisie tertangguh gara-gara Covid-19.

VIRUS Covid-19 terus menjadi masalah besar di Belanda dan berkemungkinan besar kempen Eredivisie dan pertandingan sukan lain perlu ditunda hingga bulan September depan.

Laporan dari Worldometer, Belanda telah mencatatkan 30,000 orang positif virus Corona.

Hampir 4,000 orang telah meninggal dunia, sementara angka pesakit yang sembuh belum diketahui sehingga berita ini disiarkan.

Jumlah tersebut menjadikan Belanda berada di kedudukan ke-14 dalam daftar pesakit Covid-19 tertinggi di dunia.

Namun, jika dihitung jumlah yang terkorban, Belanda tersenarai dalam 10 negara paling banyak kes dicatatkan

Ini bermakna, peminat Belanda harus menunggu lebih lama lagi untuk menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka berada di atas padang.

Sebelum ini, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, menyatakan bahawa semua pertandingan harus ditunda hingga bulan September 2020.

“Lebih baik untuk kita beringat sekarang berbanding menyesal di kemudian hari,” ujar Rutte kepada Sky Sports ketika membuat pengumuman berkaitan penundaan pertandingan sukan di Belanda.

Pada awalnya, Eredivisie merancang kembali menyambung saingan liga pada bulan Jun tanpa kehadiran penonton.

Namun, selepas pengumuman oleh pihak kerajaan Belanda, pihak pengelola liga akur ketetapan dan perlu dipatuhinya.

Sementara itu, desakan untuk menghentikan musim 2019/20 sudah mula disuarakan oleh beberapa kelab.

Kelab itu adalah Ajax, AZ Alkmaar, dan PSV Eindhoven.

Sebelum Eredivisie dihentikan, Ajax memimpin liga dan mengumpul jumlah mata yang sama dengan pasukan tangga kedua, AZ Alkmaar.

PSV pula di tempat keempat dengan koleksi 49 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d