Uncategorized

Barcelona pecat Valverde, Setien jurulatih baru


Barcelona secara rasmi memecat Ernesto Valverde sebagai jurulatih mereka musim ini dan melantik Quique Setien sebagai pengendali baharu.

Pengumuman itu diumumkan Barcelona melalui akaun media sosial mereka.

Kenyataan rasmi laman Facebook Barcelona.

“FC Barcelona dan Ernesto Valverde mencapai kata sepakat untuk mengakhiri kontrak sebagai pengurus di pasukan utama. Terima kasih atas segalanya, Ernesto. Berharap yang terbaik untuk anda di masa depan,” tulis Barcelona.

Posisi Valverde di kerusi jurulatih Barcelona mula goyah sejak awal musim kerana pengaruh kegagalan Barcelona di Liga Juara-Juara musim lalu.

Terbaru, masa depan Valverde kembali dipersoalkan setelah Barcelona kalah di separuh akhir Piala Super Sepanyol hingga membuatkan Blaugrana mengumumkan keputusan ini pada Isnin, waktu di Sepanyol.

Kerusi jurulatih yang ditinggalkan Valverde akan diisi oleh Quique Setien yang pada musim lalu membimbing Real Betis.

Setien mengikat kontrak bersama Barcelona dengan durasi dua tahun.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading