Uncategorized

Selangor, KL kongsi Piala Juara Lembah Klang


Pemain kedua pasukan bergambar sebelum perlawanan bermula.

PASUKAN bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur nyata masih berbisa apabila berkongsi Piala Juara Lembah Klang selepas menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 4-4 menerusi penentuan penalti di Padang Kompleks Sukan PKNS malam kelmarin.


Pada pertemuan edisi kelima itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan yang seimbang meskipun terpaksa bermain dalam keadaan padang yang basah ekoran hujan sebelum perlawanan.


Begitupun skuad The City Boys terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Affendi Hamzah pada suku pertama perlawanan.


Aksi suku kedua permainan memperlihatkan Selangor banyak mengatur serangan ke gawang Kuala Lumpur sebelum Nizaruddin Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk kedudukan 1-1 tamat babak pertama perlawanan.

Kesebelasan utama veteran Selangor.


Bersambung babak kedua, menyaksikan Kuala Lumpur ghairah dalam mencari gol Kamarul Baharom bertindak cemerlang menewaskan penjaga gol Selangor menerusi sepakan penati terus menerjah jaring utk kembali membawa The City Boys di depan pada suku ketiga perlawanan.


Skuad Kuala Lumpur berpeluang mengukuhkan kedudukan pada suku keempat permainan namun peluang itu gagal disempurnakan dengan kemas Ivan Yusof.


Sebaliknya, Selangor sekali lagi menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan deras D Surendran dari luar kotak penalti untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti yang berkesudahan seri 4-4 untuk kedua-dua pasukan berkongsi kejuaraan pada edisi kali ini.

Kesebelasan uutama veteran Kuala Lumpur.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading