Uncategorized

Liga Malaysia 2020 : Repasi mahu bawa import Hungary ke kelab lain


Bekas penyerang import Perak The Bos Gaurus, Laszlo Repasi kecewa apabila hasratnya untuk membawa masuk pemain Hungary tidak mendapat maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Repasi yang membuat hantaran di satu laman Facebook penyokong Perak baru-baru ini mengesyorkan pemain Hungary untuk dinilai oleh persatuan berkenaan.

“Saya harap sesiapa tidak akan marah, jika saya mengesyorkan pemain-pemain Hungarian ke kelab lain. Mungkin saya akan mendapat jawapan dari mereka,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelas Repasi lagi, dia sebenarnya telah banyak berfikir untuk berkongsi atau tidak mengenai pengurusan Perak FA.

“Saya fikir saya telah banyak melakukan untuk kelab antara tahun 1997 dan 1998. Dengan harapan mendapat balasan mesej saya dalam WhatsApp atau di mana-mana platform dalam talian. Tetapi sayangnya, saya masih tidak mendapat sebarang balasan.

“Pada pendapat saya, orang-orang ini harus memahami alasan bahawa kelab dan bola sepak masih wujud dan bekerja bukanlah untuk mereka. Orang-orang ini adalah untuk bola sepak dan kelab,” katanya.

Repasi ketika zaman kegemilangan bersama Perak. Foto : Arena Bola Sepak

Menurut bekas pemenang Kasut Emas 1997 ini lagi, sesebuah kelab tidak boleh berjaya jika ia dikawal oleh kuasa politik dan penentuan nasib sendiri kerana lambat laun peminat akan bosan dan mereka tidak akan pergi ke stadium melihat permainan.

“Kemudian anda kehilangan undi dan dunia impian anda runtuh. Saya sentiasa berharap setiap kejayaan anda,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading