Uncategorized

Kuala Lumpur beri amaran awal cabar Pulau Pinang


Fazriq Razif hadiahkan mata pertama untuk pasukan Kuala Lumpur.

PASUKAN Kuala Lumpur merekodkan dominasi mereka dengan mengalahkan Putrajaya hasil kemenangan 3-0 pada hari kedua Kejohanan Badminton B-12 dan B-16 100PLUS Interstate di Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang, petang tadi.

Diketuai pemain utama mereka, Muhammad Fazriq Razif yang bergandingan dengan Bryan Jeremy Goonting, pasukan Kuala Lumpur melayakkan diri mengalahkan pasangan beregu Putrajaya Abdul Hadi Ahmad Azamuddin Husni- Zainuddin Fawwaz (21-11, 21-15) dalam masa 20 minit.

Terdahulu dalam perseorangan pertama, Bryan Chang Khai Yang menang ke atas Ravikumar Aviinash (21-9, 21-16) dan kemudian perseorangan kedua mereka, Justin Hoh melepasi halangan Oon Zhi Yung (21-7, 21-9).

Kuala Lumpur yang diletakkan pilihan ketiga dalam kategori lelaki B-16 tidak menghadapi banyak cabaran. Bagaimanapun, Muhammad Fazriq Razif direhatkan ketika mereka berjuang mengalahkan Sarawak 2-1, semalam.

Tuan rumah, Pulau Pinang tidak bermain hari ini selepas memenangi perlawanan pertama mereka menentang Terengganu 3-0, semalam. Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kini tampak tenang dan kedua-dua pasukan selesa dalam kumpulan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Pasukan pilihan kedua kejohanan, Sabah bermula tidak meyakinkan pada tahun ini selepas kalah 1-2 dalam kedua-dua perlawanan mereka ketika menentang Perak semalam dan Kelantan hari ini.

Pasukan lain seperti Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Johor dan Pahang memenangi perlawanan ke atas lawan masing-masing

Bagi kategori wanita B-16, Kedah, Melaka, Johor, Selangor dan Pahang memenangi perlawanan mereka.

Di dalam kategori wanita B-12, semua pasukan pilihan mencatat kemenangan dalam perlawanan mereka hari ini iaitu Selangor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kecuali pasukan Sabah yang kalah kepada Perak 1-2.

Bagi kategori lelaki B-12 , Kuala Lumpur, Johor, Negri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang dan Kedah memenangi perlawanan masing-masing. Sementara Putrajaya yang tidak beraksi mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan pilihan keempat, Melaka dengan 2-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading