Uncategorized

Belon udara panas tarikan Merrida Hotel Fiesta 2019


Belon udara panas menjadi daya tarikan orang ramai pada acara pertama kali yang bakal dianjurkan oleh Merrida Hotel Fiesta 2019 bermula 13 hingga 15 Disember bulan depan.

Kira-kira 10,000 pengunjung sekitar Klang, Shah Alam, Setia Alam dan Subang dijangka hadir sepanjang pesta selama tiga hari di Hotel Merrida Klang.

Acara julung-julung kali ini bertujuan untuk mempromosikan dan keberadaan Hotel Merrida dalam industri perhotelan dalam rantau ini.

Dengan RM90 seorang, anda boleh merasai pengalaman menaiki belon udara panas buat pertama kalinya di tengah tengah bandar Klang.

Selain itu, 30 gerai jualan, 10 trak makanan, gerai selebriti, kempen derma darah, persembahan badut, basker turut diadakan di perkarangan hotel.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading